Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan
sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang
mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati
yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang
disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan
seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara
satu sama lain.
1. Terima Lelaki agar
Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari
“Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting
untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau
suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda
sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki
Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan
beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak
bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki
akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk
Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun,
anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan
mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda
sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk
membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi
Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup
memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan
itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk
Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu
percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi
menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia
sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki
Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan
suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam
satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada
bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka
rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk
menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif
Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang
bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya,
membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada
suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin
menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam
diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda.
Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab
Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah
walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami
kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang
digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan
anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan
merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh
menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada
anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa
Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk
anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh
manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk
menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan,
makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan
dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa
yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat
Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap
anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya
sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda
padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu
Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk
senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa
nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang
dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada
anda.
13. Panggilah Lelaki
Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki
memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula
lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai
dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia
Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai
wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur
dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang
menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan
diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan
Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga
ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka.
Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan
mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah
Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh
wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita
kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan
berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu
mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah
Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam
hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau
menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik
seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami
anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan
Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan
mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak
menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda
dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk
merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan
Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat
suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan
peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah
anda pula yang memulakannya.
20. Jangan
Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas
kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan
menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar
dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa
bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin
bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan
Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia
biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk
keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda
kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita
yang disenangi oleh pasangan anda
No comments:
Post a Comment