Yang pasti apa pun pastikan dahulu pasangan,teman wanita dan calon isteri korang mempunyai perasaan yang sama dengan korang. Yakni “cinta”. Ini mesti jelaskan dahulu. Pastikan dahulu hati pasangan anda. Apakah perkara-perkara khas yang anda berdua mempunyai persamaan?. Adakah tempat atau sesuatu yang hanya ada berdua sahaja yang berkongsi dan keserasian anda bila bersama. Ada pasangan yang nak bercinta tapi tak boleh suka menghabiskan masa yang lama dengan pasangan ada yang rimas, tak selesa dan sebagainya. Jangan main luru aje macam cerita KM tadi. Lepas tue cari idea macam mana nak melamar pasangan korang. Zaman sekarang nie dah tak kisah sangat dah lelaki melamar wanita atau wanita melamar lelaki. Tapi yang pasti cara korang lafazkanya atau erti kata lain, “Popup the question”, “Sudikah awak menjadi isteri atau suami saya”
1. Sebelum nak melamar calon isteri atau suami anda, pastikan kewangan anda kukuh. Ini nombor satu. kedua-dua belah pihak mesti ambil tahu tentang perbelanjaan pertunangan dan perkahwinan.
2. Berbincanglah dengan pasangan anda tentang hasrat untuk bertunang atau berkahwin. Cerita dulu dan lihat pandangan pasangan anda. Manalah tahu kalu dia belum bersedia lagi untuk melalui fasa seterusnya.
3. Kalau dah setuju atau dalam erti kata lain dah dapat green light. Barulah anda plan satu hari yang sesuai untuk melamar sidia. Pergilah di tempat anda sering pergi bersama, tempat yang menjadi kenangan kepada percintaan anda. Restoran ke tau dimana sahaja yang anda rasa ada kena mengena dengan anda berdua. Kemudian ajukanlah soalan keramat anda itu.
4. Dah setuju barulah rancang pertunangan dan perkahwinan anda. Perbincangan dengan ibu bapa dan keluarga amat penting jangan abaikan. Kemudian barulah hantar rombongan meminang dan sebagainya.
Cara Lain Melamar Calon Isteri.
P/S : Video atas nie jangan korang cuba kalau lemah semangat. Ini salah satu idea aje cara nak melamar calon isteri.
saya pun nk buat macam video ni laaa..
tapi xnak ade alas...
nak terjun atas tanah jerr..
kalau awek saya nangis...mesti dia syg saya sangat...:)
No comments:
Post a Comment