Terkini-Jamal akan lepaskan jawatan politik, pilih niaga judi - Sinar Harian



AMPANG - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan akan meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Pengerusi NGO Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia untuk mengusahakan perniagaan barunya iaitu kedai mesin judi haram.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan bersama sembilan daripada tahanan reman kira-kira pada jam 7 malam tadi.
Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.
Jamal berkata, berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki.
Sebelum ini, peguam Zamri Idrus yang mewakili Jamal memberitahu media bahawa anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
Beliau berkata Jamal ditangkap disebabkan satu laporan polis terhadap anak guamnya itu dan tempoh tahanan reman tersebut dikeluarkan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu ditahan di kediamannya pada 3 petang.
Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain telah 'menyerbu' beberapa premis yang menjalankan kegiatan judi di Ampang, Selangor

TERKINI!! JAWATAN KOSONG LHDN 2017 TARIKH TUTUP 14 FEBRUARI LEPASAN SPM DAN DIPLOMA




Peluang Kerjaya Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Iklan Jawatan Kosong
Iklan Jawatan Kosong Terkini - Tarikh Tutup 14 Februari 2017
Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31 - (18 kekosongan)
Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 - (40 kekosongan)

SUMBER DARI LAMAN WEB RASMI  LHDN -->  KERJAYA HASIL

DAFTAR SEGERA SEBELUM SERVER JAMMED!!

KLIK UNTUK MOHON
MOHON SEKARANG!!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...