10 Bukti Lelaki Makhluk RUMIT???..errrr

Gambar lips paling menarik

Aku dapat email dari reader aku. Perempuan lah tentu sekali. Dia kasi 10 sebab kenapa lelaki adalah kaum yang rumit dan komplikated. Heh. Agak sarkastik dia ni. Aku sabar je. And nama dia aku rahsiakan. Well, ingat aku jahat sangat ke nak malu kan orang. Fae terkecuali. Ain juga.

Setelah aku membaca email awek ni dengan tenang, cool, bersahaja, redha, tawaduk, relax dan sebagainya, aku buat satu rumusan. Rumusan tersebut adalah; semua yang tertulis adalah tak betul. Heh. Tapi awek yang send ni comel gila sambil marah-marah manja. Heh.

10 sebab kenapa gadis cakap jejaka adalah makhluk rumit yang di hantar oleh 'awek tu' memalui email.


Kamu = Perempuan
Dia = Lelaki

Secara Am;

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar......
.

*********

Adakah betul?
Well, berikut adalah komen aku;

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

Oh tidak, tidak... It just erm... Lelaki bukan nya jenis yang mudah perasan okay. Cuma.. erm.. Hey ingat lelaki saja ke macam tu. Dah tu apa beza nya dengan perempuan? Setiap kali lelaki mintak nombor talipon gadis mesti gadis tu tergedik-gedik jual mahal. Padahal nak nombor phone je bukan nak mengurat pun... Ehem-eham... Then then bila lelaki jeling-jeling kata lelaki tu gatal. Ceh. Then then lagi bila lelaki cakap nak berkenalan mula lah kasi ayat kaw-kaw konon nak tengok kesungguhan lelaki tu mengurat lah apa lah. Dia orang tak tahu ke nak mengurat perempuan tu memakan banyak tenaga apa semua. Penat tau penat. Ingat senang ke nak mengurat perempuan. Habis semua kretiviti tau.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.

Hey. Betul apa. Perempuan yang sudah berpunya memang tak boleh flirt-flirt. Nampak sangat tak manis. Gatal. Eish. Tapi lelaki boleh okayyy. Lelaki special case. So, dont blame a man for being a man. Perempuan rapat dengan lelaki lain = gatal. Lelaki rapat dengan perempuan lain = hanya kawan. Hahaha!


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

Ya perempuan ni keras kepala. Ketuk-ketuk lah memang tak akan retak. Degil. Pastu bila gaduh mesti ingat yang dia betul je. Walaupun salah mesti ingat yang dia tu betul. Bila gaduh, emo emo emo. Balik-balik lelaki yang mintak maaf. Walau dah terang-terang yang perempuan tu salah, still tak nak mengaku. Then nangis nangis nangis. Penat tau nak pujuk perempuan. Dah la penat, susah. Hais. Then bila lelaki tak nak pujukk kata lelaki tu dah tak sayang padahal lelaki sayang gila-gila kat dia cuma gadis tu je tak tahu betapa lelaki tu sayang kat dia. Ini tak ada kena mengena dengana aku. Siyes. Betul. Tak tipu. 

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia kata dia hebat.

Perempuan lagi pandai dari lelaki? Hello. Oh pelis lah. Itu abnormal. Gadis normal tak akan pandai dari lelaki okayyyy. And bila lelaki tu lagi pandai dari perempuan, dia boleh berbangga and naikkan market dia. So boleh lah tambah cawanga termasuk tambah bilangan masjid serta benarkan gadis itu masuk syurga. Tapi kalau perempuan lagi pandai dari lelaki, market naik nak buat apa? 

5.  Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

For what? Ofcos la nak goda lelaki. Kalau tak, buat apa perempuan nak pakai lawa-lawa? Untuk kasi ayat kontrobesi "Jika perempuan berpakaian cantik, mesti kaum lelaki fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya, sebab jika tidak, dia akan kata kamu kekampungan."? Ceit. Nak pakai lawa-lawa. Make up tebal-tebal. Makin tak lawa ada lah. Then bila kuar bandar pakai baju cun cun then bila lelaki tergur terus layan kira kalau ada lelaki mengurat pasti akan layan lah. Heh. 

6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

Tahu tak kisah pasal tahu hidung. Nak korek tahi hidung tu punya la payah. Tapi bila dah dapat buat apa? Telan? Or leset bawah meja?

Tapi aku lain. Aku setia.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

Deyy, lelaki kena lah amik berat kat perempuan. Kalau tak mula la keluar ayat "Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu." Deyyyyyy.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

Lelaki bizi. Dia banyak kerja bukan seperti perempuan yang tahu duduk rumah, tido, main game, main fesbook, tido, baca blog yang mengkritik perempuan, tido, bergayut, tido and so on. Lelaki rutin dia penuh. Padat. Lagi pun mana ada lelaki mungkir janji. Jika dia yang mungkir janjinya pun, dia melakukannya kerana terpaksa. Eh?

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

Aku bet dia tak tahu betapa siksanya nak menjaga perempuan. Ya. Susah tau nak jaga para gadis. Memang selalu dah lah makan hati. Tapi nasib baik lah lelaki ni adalah kaum yang kental. Kental di luar dan dalam. Kalau lelaki pun tunjuk perangai sensitif siapa nak pujuk? Lelaki juga? Hah. Bila lelaki pujuk lelaki. Then lelaki tu cakap ayat-ayat jiwang. Then lelaki tu peluk-peluk. Then terasa kehagatan yang tak patut. And jangan salahkan lelaki kalau lelaki jadi gay. Salahkan perempuan. Lelaki adalah mangsa dalam kes ini. Seperti Amfy dan Mr Z. Kasihan mereka.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.......
Zzzz. What the fish is this?

********** 
So, di sini aku menegaskan bahawa lelaki bukan makhluk yang rumit. Mereka special. Unik. Gempak. Priceless dan sebagainya. Tak percaya? Kenali lah mereka. Dan pasti korang akan tertawan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...