CIRI-CIRI STALKER DI FACEBOOK
Ahh Facebook. Semua orang ada akaun Facebook. Tak kiralah adik anda yang masih bersekolah rendah mahupun ibu anda yang mengamalkan gaya hidup yang moden. Oleh kerana semua orang ada akaun Facebook, maka mudahlah kita untuk berkomunikasi, bertukar-tukar pendapat ataupun bercucuk tanam tanpa perlu keluar dari rumah. Namun begitu, Facebook juga dapat mengeluarkan sifat ingin tahu yang tertanam di dalam diri anda, dan sifat ingin tahu itu akan berubah menjadi satu obsession. Bila anda sudah obses, maka anda serta merta akan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dengan menjadi sorang stalker di Facebook. Apakah ciri-ciri seorang stalker Facebook? Ayuh teruskan membaca.
1) Anda merupakan pengomen yang pertama dalam SETIAP status yang dipaparkan. Tak kiralah status yang dipos itu merupakan status PMS maki hamun dalam caps lock, status komposer letak lirik lagu Maher Zain, mahupun status AC Mizal yang memberi kata-kata hikmat. Ada sahaja benda yang anda nak komen walaupun langsung tidak relevan dengan hidup anda.
2) Anda menghabiskan masa yang lama memerhatikan gambar gadis-gadis mahupun jejaka di Fesbuk walaupun mereka sekadar kawan kepada kawan anda yang apabila berjumpa akan sekadar cakap hi saja dengan anda. Tetapi anda tanpa segan silu menekan butang 'Like' walaupun itu gambar isteri orang yang sedang bergaya dengan Madela Breast Pump yang baru dibeli. Tak awkward ke begitu? Dalam kes-kes yang ekstrim, anda juga telah 'right click' dan 'save image as' gambar gadis-gadis membuat muncung Megan Fox yang bergaya dengan shawl yang baru diborong daripada Arzu.
3) Anda sentiasa memerhatikan status 'relationship' seseorang. Contohnya bekas teman wanita anda. Setelah berpisah, jika anda masih belum diunfriend oleh ex anda, anda akan sentiasa memerhatian status perhubungan bekas teman wanita anda di Fesbuk. Naluri seorang lelaki yang diremukkan hatinya adalah, mereka tidak mahu ex mereka bahagia tak kira dengan siapa. Maka melihat kegagalan sesuatu perhubungan adalah merupakan satu perkara yang menyeronokkan buat anda.
4) Anda dapat mengenalpasti pattern penggunaan Fesbuk seseorang itu dengan jayanya. Contohnya, anda tahu gadis yang anda perhatikan itu hanya akan aktif berfesbuk pada pukul 9-5 petang kerana dia bekerja di Putrajaya dengan Kerajaan. Maka bila mangsa anda online, anda telahpun bersedia untuk memulakan aktiviti stalking anda.
5) Anda berpura-pura tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan gadis/jejaka yang diperhatikan itu walaupun anda telah membaca setiap status yang dipaparkan. Bukan setakat itu, perbualan 'wall to wall' pun anda baca. Lepas tu bila jumpa secara realiti anda pura-pura tanya "Hey you buat apa malam tadi?" walaupun anda telah melihat gambar mereka menghadiri parti liar harijadi yang mereka tak jemput anda tu.
6) Setelah mengkaji status yang dipaparkan, anda mula merancang untuk bertemu dengan mangsa secara 'tak sengaja'. Contohnya, katalah anda sedang stalk Faizal Rosly di Fesbuk, lepas tu status Faizal Rosly cakap nak pergi solat Maghrib di surau Al-Kauthar. Anda yang tinggal kat Seremban pun bersiap-siap pakai baju Melayu lengkap untuk solat Maghrib di Bangi. Sama juga orang lelaki kalau stalk perempuan. Pergi jogging di tempat yang sama, pergi membeli-belah di Sogo walaupun di Sogo ramai jurujual arbok....lepas tu bila jumpa buat-buat terkejut. Pesanan untuk wanita, jika anda terserempak dengan orang yang sama lebih daripada 3 kali di tempat yang berbeza, itu bukan jodoh, itu tandanya anda sedang distalk.
7) Seorang stalker yang sejati bersifat paranoid juga. Mereka juga ingin tahu siapa yang stalk mereka. Itu yang diorang pantang kalau diberi peluang untuk melihat 'Who viewed your profile'. Who viewed your profile ni wujud dalam Friendster sahaja. Usah semakkan notification kami dengan invitation sedemikian rupa. Aku nak pergi majlis kenduri kawan-kawan dan aku tak mahu datang majlis 'Who Viewed Your Profile' kalian, melainkan korang ada hidangkan nasi minyak.
8) Anda ada 78 orang mutual friends dengan orang yang anda sedang perhatikan. Mestilah. Kita ingin tahu interaksi orang yang diperhatikan dengan orang lain juga bukan?
9) Ini adalah sifat stalker yang sejati. Kalau anda tak dapat view page bekas teman lelaki / wanita anda, anda akan cipta satu akaun palsu dengan identiti palsu untuk menambah ex anda sebagai rakan agar anda masih dapat lihat bagaimanakah kehidupan ex anda. Anda memang tak mahu dia gembira bukan?
10) Jika anda mengklik artikel ini daripada Fesbuk, tahniah anda baru sahaja membuktikan yang anda ini seorang stalker.
Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, adakah anda merupakan seorang stalker di Facebook? Jika anda jawab tak, anda memang stalker yang sejati tak mahu identiti diketahui. Jika anda jawab ya, dah agak dah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment