TUAH SKANDAL KHAIRUL FAHMI...hehe


Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru sahaja tadi Murai Batu menyelak akhbar tabloid no.1 negara, Harian Metro dan terjumpa pula satu berita pasal seorang perempuan cantik bernama Leuniey yang diburu produser.
Siapa pulak Leuniey? Bagi yang tidak tahu gadis yang bernama Nur Eilunie Natasha Nazri yang baru berusia 21 tahun ini adalah usahawan berjaya dan model.
Sebelum ini dia pernah dikatakan menjadi punca kepada keretakan hubungan cinta penjaga gol popular negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat.
Rentetan daripada itu, dia telah diambil menjadi model untuk klip bagi produk haruman SimplySiti.
Namun Leuniey Natasha menafikan dakwaan itusebaliknya semua yang berlaku adalah secara kebetulan.



Tetapi kalau orang sudah cantik, pasti jadi buruan untuk mendapatkan si jelitawan itu.
Murai Batu tidak terkejut apabila membaca headline di Harian Metro yang mengatakan dia menjadi buruan produser.
Memetik kenyataan Leuniey di dalam tabloid tersebut, dia terpaksa menolak kerana ada prioriti lain harus diutamakan.
Menurut Leuniey lagi, jarak diantara Kota Bharu dan Kuala Lumpur merupakan antara faktor yang membuatkan dia harus menimbang tawaran tersebut selain menguruskan perniagaan butik pengantinnya.
Dua buah produksi besar iaitu Global Station Sdn Bhd milik Zaiton Mohd Jiwa dan Metrowealth International Group (MIG) David Teo telah mengemukakan tawaran berlakon kepada wanita berkenaan dan khabarnya mereka sentiasa membuka tawaran tersebut dan hanya menunggu jawapan daripada Leuniey sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...