Assalamualaikum...
Di sini saya nak ceritakan serba sedikit tentang Ops Dedah Aurat..
Ops ini dilakukan oleh sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka KHC.
Tindakan yang dilakukan oleh kumpulan ini diharap dapat memberikan impak positif dalam menggalakkan kaum wanita supaya menutup aurat dan tidak mendedahkannya kepada awam.
Usaha murni kumpulan ini diharap dapat mendorong siapa sahaja untuk menutup aurat mereka.
Serba sedikit info tentang Ops Dedah Aurat daripada PAGE KHC
#Ops Dedah Aurat
- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.
- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.
-Kami akan memulangkan FB anda selepas anda menukar Default Picture dan mendelete gambar yang mendedahkan aurat. Pihak kami akan memantau dari semasa ke semasa.
- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.
- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.
SIAPA KAMI?
- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.
- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.
- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.
- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.
- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.
- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.
- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.
- Kami budak baik.. hehehe..
INI ADALAH CONTOH HASIL OPS DEDAH AURAT
KESIMPULANNYA...
SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA AURAT KITA.
TIDAK PERLULAH MENDEDAHKANNYA KEPADA UMUM.
SYABAS KHC
No comments:
Post a Comment