(Video) Kali Terakhir Kemas Rumah 7 Tahun Lepas, Warga Emas Rayu Bantu Ubati Sakit Dan Kemas Rumahnya








Seorang pesara kerajaan  merayu agar ada yang sudi mengubati sakitnya dan membantu mengemas rumahnya.

Zaidah Mansor, seorang warga emas berusia 67 tahun kini hidup dalam longgokan sampah di rumahnya sendiri, kali terakhir dikemas 7 tahun lalu.

Dia tinggal sebatang kara di rumahnya di Ampang selepas bercerai dengan suaminya 17 tahun lalu. Dalam temmpoh itu juga, dia menghidapi penyakit bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Jika dilihat keadaan rumahnya, terutama ruang tamu yang penuh dengan timbunan sampah, tiada siapa pun menyangka akan ada orang yang menetap di situ, malah hanya ada laluan yang "muat-muat badan" sahaja untuk pergerakannya setiap hari.

Kata Zaidah, dia bukannya tidak mahu mengemas rumah, tetapi masalah kesihatan yang dialami membataskan pergerakkanya sehingga dia sendiri akhirnya terpaksa hidup di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah.


“Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak.

“Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkanlah,” katanya lagi.

Sumber : myMetro / Siakapkeli

Kak Sajat Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya Tahun Depan



Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya. Sajat yang sinonim dengan Let's Cantik Jangan Mengata menyatakan sekiranya tiada aral melintang, dia akan mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya hujung tahun depan .

Bagaimanapun, Sajat pada masa ini menegaskan dia masih mahu mencapai target dalam hidupnya yang masih belum dikecapinya serta mahu mengembangkan lagi empayar perniagaan yang dibina.

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah," katanya  yang dipetik dari laporan mStar Online.


Sajat juga mengakui sudah memiliki kekasih hati dan mengakui jejaka itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

Diminta mengulas mengenai soal kekasih, Sajat lebih terbuka bercerita mengenainya.

"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," katanya


Ketika ditanya tentang lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat mengatakan ianya merupakan publisiti murahan yang cuba dicari Raja Report Malaysia itu dengan mengaitkan dirinya dan Datuk Seri Vida.

"Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

"Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya," katanya.

Sumber- mStar Online

Mia Sara Dikritik keranaTudung Singkat Dan Baju Ketat, Bapa Mia Sara Mohon Maaf



Penampilan pelakon kanak-kanak Mia Sara pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) dengan mengenakan tudung singkat dan baju kelohatan ketat telah mendapat kritikan segelintir netizen.

Ayah kepada pelakon kanak-kanak itu menerima teguran netizen berkenaan, beliau juga menjelaskan bahawa baju yang digayakan Mia tidak ketat seperti yang diperkatakan sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.

"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. 


"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas,"
 kata Ridz ketika dihubungi mStar Online.

Hadir dengan menggayakan busana bewarna merah mengikut bentuk badan menyebabkan Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha itu dikecam hebat oleh netizen.


Mereka turut mempertikaikan tudung yang dipakai oleh Mia kerana terlalu singkat sehingga menampakkan bonjolan pada bahagian dada dan tidak sesuai untuk gadis pada usianya.

Ayahnya memberitahu bahawa segala persiapan Mia pada malam itu dilakukan di saat-saat akhir menyebabkan dia tidak dapat membetulkan pakaian anaknya.

"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. 

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.


"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu," ujarnya.


Atas perkara itu, Ridz juga memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu.

Ridz merasakan Mia kelihatan cantik dengan busana yang digayakannya.

Namun begitu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan komen-komen positif terhadap anaknya.

"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. 

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja,"
 katanya.

Sumber : mStar Online

Penyamun Maut Selepas Bergelut Dengan Tuan Rumah




KOTA TINGGI - Seorang lelaki yang dipercayai telah memecah masuk sebuah rumah didapati maut selepas bergelut dengan penghuni rumah tersebut di Felda Simpang Waha awal pagi tadi .

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perumahan Felda berkenaan melibatkan si mati yang juga merupakan penduduk tempatan.

Jelasnya, dalam insiden itu, berlaku pergelutan dimana penghuni rumah tersebut bertindak melindungi diri dan keluarga berikutan tindakan lelaki berusia 30-an berkenaan yang didakwa telah memcah masuk ke dalam rumahnya.

"Dalam kejadian itu, penghuni rumah berkenaan telah bergelut dengan lelaki tersebut dan si mati telah meninggal dunia. Bagaimanapun siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luar.

"Semakan juga mendapati si mati turut memiliki lebih lima rekod jenayah lampau. Siasatan kita pada masa ini menjurus pada kematian mengejut (SDR) dan juga Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,"katanya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

Beliau meminta orang awam untuk memberikan masa kepada pihak polis bagi membuat siasatan lanjut kejadian tersebut.

Beliau juga meminta agar tidak ada pihak yang bertindak memanipulasikan kes berkenaan dengan ulasan dan pandangan tanpa berdasarkan fakta siasatan.

Sumber- Sinar Harian

Video : Budak 15 Tahun Pukul Ibu Kerana Duit




AMPANG JAYA: Anak durjana. Itu gelaran sesuai diberikan buat seorang remaja lelaki apabila tergamak memukul ibu sendiri hanya kerana mahukan wang belanja sekolah.
Tindakan biadap remaja berusia 15 tahun itu viral selepas satu rakaman video mengenainya tersebar di media sosial sejak petang semalam dan menerima kecaman hebat netizen.
Difahamkan, kes berlaku di sebuah rumah di Ampang.
Menerusi rakaman berdurasi 43 saat itu, remaja berkenaan yang belum sempat memakai seluar sekolah dilihat beberapa kali memukul badan ibunya sambil menghamburkan kata-kata kesat dan meminta wanita itu menyerahkan semua wang yang ada di dalam beg.
Sambil mengadu kesakitan, wanita itu memberitahu anaknya tiada wang namun, tidak diendahkan remaja terbabit sebaliknya mengugut mahu memukul lagi.
Wanita itu juga didengar memberitahu anaknya bahawa wang yang ada mahu digunakan untuk pergi bekerja.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Katanya, laporan dibuat bapa remaja terbabit berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penjaga kuda selepas dia menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya.
"Kejadian kira-kira jam 7.20 pagi semalam. Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelakinya.
"Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan nama 'Jejaka Sereng'.
"Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya. Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, wanita terbabit tidak cedera dalam kejadian itu.
Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati negatif dadah.
Dalam pada itu, carian BH mendapati, individu yang didakwa menyebarkan video mengemukakan memohon maaf terhadap keluarga remaja terbabit.
Dia menerusi satu entri di akaun Facebook, 'Jejaka Sereng' turut mengakui kesilapannya dan memberitahu tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.





sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/330665/budak-15-tahun-pukul-ibu-kerana-duit

Dikecam Teruk Kerana Bergurau ‘Datuk Beli’, Ini Respon Balas Zizan Buat Datuk Sentap!


Dikecam Teruk Kerana Bergurau ‘Datuk Beli Dari Sultan Pahang’, Ini Respon Balas Zizan Buat Datuk Sentap!
Semalam berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut siarkan secara langsung di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak dipilih menjadi hos untuk mengendalikan majlis berprestij itu.
Namun, eleman gurauan yang diselitkan Zizan Razak dianggap keterlaluan. Dalam anugerah itu, Zizan secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof dibeli.
Susulan itu, pelakon Datuk Hans Isaac tidak semena-menanya terasa dan kesal dengan eleman gurauan hos Zizan.
“Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.
“Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.
“Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan Pahang,” kata Hans Isaac.

Bagaimanapun, Zizan tampil beri respon balas.
Kata Zizan, “saya tak rasa gurauan saya kasar malam tadi. Ini kerana saya tahu masyarakat sekarang makin bijak menilai. Saya tidak bergurau melebihi had kerana semuanya yang saya cakap akan ditapis pihak produksi dan mereka tidak bercakap apa-apa mengenai soal itu.”
“Malah, pihak produksi juga berpuas hati. Bila saya tengok mereka gembira, saya pun gembira.”
“Tapi jujurnya, setakat ini saya tidak menerima sebarang komen negatif daripada orang sekeliling saya. Ustaz yang memberikan ceramah pun dikatakan menunjuk-nunjuk, apatah lagi artis seperti saya,” katanya.
Zizan enggan memperbesarkan isu itu sebaliknya menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran. Katanya juga setiap komen yang dilayangkan, diterima secara positif (tidak mudah sentap).
Dalam pada itu juga, Zizan turut dikritik oleh pelakon Afdlin Shauki kerana mengenakan kaca mata hitam ketika mengacarakan majlis berkenaan.
“FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dengan audience!.. mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!”-kata Afdlin Shauki di instagram.
Ini pula respon Zizan Razak menjawab kritikan Afdlin Shauki
“Mungkin dia tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.
“Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu perjalanan acara.
“Apa-apapun, saya tidak berkecil hati dan saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan,” kata Zizan.



Al-fatihah : 2 Maut, 7 Cedera Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan di Lebuh Raya Senai-Desaru


Johor - Dua maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 59.5 Lebuh Raya Senai - Desaru dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketiga-tiga kenderaan terlibat adalah jenis Honda HRV, Proton Waja dan Perodua Myvi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Sailaini Oda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.19 pagi.

"Bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.

"Dua mangsa maut manakala tujuh lagi dilaporkan cedera. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Sailani, maklumat berhubung mangsa yang maut belum dikenal pasti.

Sumber: Kosmo!

(Video & Gambar) Buaya Timbul Dalam Sungai Menyebabkan Jalan Raya Sesak Teruk





Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah ditengah-tengah Sungai Klang.

Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.






Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.






Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu berhenti menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015. - Siakapkeli.my

(VIDEO) Elak Bersalam Dengan David Beckham, Wanita Ini Dipuji



Siapa tidak kenal dengan David Beckham, bekas pemain Real Madrid dan Mancherster United ini. Dapat berjumpa dengannya, mungkin peluang sekali seumur hidup yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh peminatnya.

Biarpun sudah berusia 42 tahun, penampilan suami kepada Victoria dan bapa kepada 4 anak ini masih lagi segak dan bergaya, maka tak hairanlah jika kelibatnya menjadi buruan paparazi dan digilai oleh peminat fanatik terutama para gadis.

Baru-baru ini, Beckham dikhabarkan akan datang ke Malaysia sempena program ekslusif AIA Vitality Wellness Festival, selepas dilantik menjadi Duta Global AIA, Mac lalu.



Jumaat lalu, khabar itu menjadi kenyataan apabila orang ramai berpeluang untuk bersalaman dengan Beckham di pusat membeli-belah pada Jumaat.

Dalam kemeriahan peminat bertemu dan bersalaman dengan Becjham, seorang wanita telah mencuri perhatian apabila tidak berjabat tangan yang dihulur oleh lagenda bola sepak itu.

Muslimah, bertudung hijau, berbaju hitam dan berlengan panjang serta menutup aurat, wanita tersebut menolak secara baik demi menjaga batasnya sebagai orang Islam.

Malah, bintang pujaan ramai tersebut kelihatan memahami tindakan wanita tersebut apabila tersenyum dang mengangguk tanda mengerti. Tindakan wanita tersebut ternyata mencuri perhatian netizen yang rata-rata memuji dan mengagumi akhlaknya.

 
“Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.", kata netizen.

“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata netizen yang lain pula.

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,” kata seorang netizen yang turut menambah wanita ini baik jika dijadikan sebagai seorang isteri.

Apapun, tahniah kepada wanita berkenaan. Dalam keterujaannya bertemu dengan idola pujaan, dia tetap tidak lupa batasa-batas yang perlu dijaga.

Sumber : mStar


‘Saya Maafkan Mereka Semua, Tak Mahu Serabut di Padang Mahsyar’



DENGKIL - “Bila tahu saja ia perbuatan khianat, saya terus maafkan suspek sebab tak mahu serabut di Padang Mahsyar nanti,”kata Mazzaini Muda, 47, ibu kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, 14 Septermber lalu.

Mazzaini yang merupakan ibu kepada Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13,berkata, dia, suami dan tiga anak lain sudah reda apa yang berlaku sejak hari pertama kejadian.
Katanya, Ahmad Rijal mula ke sekolah tahfiz itu pada Oktober tahun lalu kerana tidak mahu membuang masa sebaik tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
 
Sebelum ini katanya, anaknya hanya mengikuti kelas tahfiz secara separuh masa di kawasan berhampiran tempat tinggalnya di Taman Putra Perdana.

“Bila habis UPSR dia tak mahu ke sekolah, dia kata nak ke tahfiz ikut dua sepupunya… dalam kejadian itu seorang daripada sepupunya turut terkorban manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

“Anak saya tak ada tunjuk kelainan cuma ada satu malam dia minta untuk jadi imam solat Maghrib dan Isyak, biasanya arwah solat di surau dekat rumah. Sejak berada di sana, arwah jaga waktu makan ikut jadualnya di tahfiz,”katanya.

Ketika mengimbas kembali kejadian, Mazzaini yang merupakan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana berkata, dia menerima khabar duka itu ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

Katanya, dia terus sujud dan menyerahkan segala ketentuan kepada ALLAH S.W.T sebelum mengajak suami dan anak keduanya ke pusat tahfiz berkenaan.

Ketika dalam perjalanan dia mendapat tahu daripada birasnya, Ahmd Rijal dan seorang anak saudaranya antara yang gagal diselamatkan dalam kejadian kebakaran itu.
“Masa hari pertama, saya langsung tak baca akhbar, tak tengok televisyen malah saya padam semua video dan gambar-gambar yang dihantar menerusi sistem aplikasi WhatsApp, saya ‘block’ habis fikiran kerana tak mahu sakit hati.

“Awal-awal lagi saya dapat rasa ia perbuatan khianat…saya dan keluarga maafkan perbuatan suspek tapi kalau kerajaan nak ambil tindakan, itu tanggungjawab mereka,”katanya yang sepenuhnya reda dengan kejadian menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu.

sumber : sinarharian

Kejam!! Bekas Pesakit Mental Penggal Kepala Cucu Dan Bawa Bersiar-Siar



Seorang pembunuh yang dibebaskan dari hospital mental enam tahun lepas, telah memenggal kepala bayi berusia 18 bulan dengan pisau dan membawa kepala bayi berkenaan bersiar-siar di Astrakhan, Russia.

Pihak polis terpaksa menembak Mikhail Elinsky, 42, kerana enggan menyerah diri dan mengacu pisau terhadap pihak polis.

Mikhail turut menikam ibu mangsa, iaitu anak saudaranya, Tatiana, mengakibatkan kecederaan serius, berdasarkan laporan Daily Mail.

Sebelum ini, Tatiana pernah merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak membebaskan lelaki itu dari hospital mental kerana bimbang dengan keselamatan keluarga kerana Mikhail membunuh seorang wanita enam tahun lalu.


Tatiana berkata kejadian berlaku ketika mereka hendak keluar dan anaknya duduk di atas basikal roda tiga.

“Dia menarik anak saya dan membawanya ke dapur, menutup pintu dan mula ‘memotong’ anak saya.


“Saya berlari ke dapur untuk menghalangnya tapi dia tikam perut saya,” katanya.

Lelaki itu berlari di jalan raya sambil membawa kepala mangsa dan polis mengambil masa setengah jam untuk cuba menahannya sebelum melepaskan tembakan, menurut laporan tempatan.

Pada enam tahun lalu, lelaki itu membunuh wanita pembantu kedai di bandar berkenaan, menikam mangsa berkali-kali ketika mabuk.

Dia disahkan mempunyai masalah mental ‘paranoid schizophrenia’ menyebabkan dihantar ke hospital mental dan dibebaskan baru-baru ini, selepas disahkan‘ sihat.

Polis Bawa Suspek Bakar Pusat Tahfiz Ke Lokasi Kejadian Kebakaran



Salah seorang dari ketujuh-tujuh suspek yang insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah telah dibawa oleh pihak polis ke lokasi kejadian,pagi tadi.

Pihak polis membawa telah membawa suspek yang berusia 16 tahun itu menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai.

Suspek terus dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz sebelum menuju ke bahagian belakang untuk menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.

Setelah hampir 10 minit, suspek kemudiannya dibawa menaiki tangga belakang menuju ke tingkat atas.

Tepat jam 12.54 tengah hari, suspek dibawa keluar dibawa keluar dari pusat tahfiz tersebut.




Walaupun pihak polis membawa suspek insiden kebakaran itu ke lokasi kejadian, mereka turut memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran untuk mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.

Unit Forensik Polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur membawa kamera 3 dimensi (3D) terbaru ketika menjalankan tugas di lokasi sama untuk merakam gambar dalam dan luar kawasan pusat tahfiz bagi melengkapkan sisatan mereka.

Namun begitu, orang ramai tetap membanjiri kawasan Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah untuk mendapatkan perkembangan berkaitan insiden tersebut.

Sumber : Berita Harian




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...