(Video) Pian K-Pop Menangis Mohon Maaf Apabila Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan SAMAN Kerana Aibkan Muka Anak Angkatnya



Berikutan ugutan oleh usahawan kosmetik terkenal , Nur Sajat yang mahu mengambil tindakan selepas gambar anak angkatnya dipersendakan, Pian K-Pop akhirnya telah tampil memohon maaf.

Beliau dalam laman Instagramnya telah memuatnaik sebuah video di mana dia mengaku tindakannya itu adalah keterlaluan.

“Kak Sajat, Pian minta maaf sebab Pian dah keterlaluan. Pian mengaku Pian bersalah.

“Jadi, Pian harap Kak Sajat maafkan Pian dan janganlah saman Pian. Di atas kesempatan ini, Pian ingin menyusun 10 jari maafkanlah Pian sangat sangat,”

Berikut adalah video penuh permohonan maaf Pian kepada Sajat.


Menurut Pian lagi, dia melakukan perkara itu dalah untuk mendapat perhatian usahawan tersebut kerana katanya semua orang tidak mahu ambil perhatian padanya sambil mengalirkan air mata.

Pian yang terkenal dengan watak parodinya sebelum ini telah menyunting muka anak angkat Nur Sajat kepada mukanya.


Tindakan itu ternyata tidak disenangi Sajat dan memberi amaran dia tidak akan berdiam diri kerana mempersendakan rupa anak angkatnya itu dan akan mengambil tindakan. - Siakapkeli.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...