Boleh naik pening juga bila memikirkan siapakah gerangan di sebalik video aksi seksi melalui aplikasi Bigo Live yang membuatkan nama Fathia Latiff turut terpalit. Video yang turut tersebar itu juga turut ‘dibintangi’ oleh pelakon baru, Natasha Elyzza.
Namun sehingga hari ini, Natasha bermati-matian menafikan wanita di dalam video berkenaan adalah Fathia dan baru-baru ini Tasha bersiaran secara langsung lagi di applikasi Bigo Live.
Kali ini, muncul sebuah video di mana seorang pelakon wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).
Bagaimanapun, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana dalam video sebelum ini, Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fathia menjelaskan kepada portal New Straits Time bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.
“Itu memang saya. Saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di sebuah villa. Sesi menari itu berlaku dalam bilik air villa tersebut dan hanya ada rakan wanita sahaja. Pastinya saya malu dengan apa yang terjadi”
“Siapa je yang waras sanggup tayang sebahagian tubuh badan untuk tunjuk pada satu dunia,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Fathia juga menjelaskan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui langsung mengenai aplikasi Bigo Live. Tambahnya, dia juga mahu meneruskan kehidupan dengan lebih positif.
Jika dilihatkan daripada aktiviti Natasha yang selalu live di Bigo mahu pun Instagram, rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik mendiamkan diri dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Secara kasarnya, apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air hanya akan berlanjutan sehingga sebulan dua sahaja dan secara perlahan-lahan akan dilupakan masyarakat.
Masyarakat Malaysia sangat mudah memaafkan sekaligus memberi peluang untuk selebriti tampil kembali bersemangat meneruskan kehidupan baru di dalam dunia hiburan. Namun terpulanglah kepada empunya badan dalam melayari bahtera seni di negara ini. Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja.
- SUMBER
- THE NEW STRAITS TIMES ROTI KAYA
1 comment:
wtf...how old are you exactly?....dah besar panjang dah ada akal guna la...dah nama app pun BIGO LIVE or u just blind i have no idea or u just forgot that FB and IG have the same functions...aduh simpan sikit bangang tu kesian kat anak2 cerdik sampai perkataan bodoh pun xtau
Post a Comment