Dikecam Teruk Kerana Bergurau ‘Datuk Beli Dari Sultan Pahang’, Ini Respon Balas Zizan Buat Datuk Sentap!
Semalam berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut siarkan secara langsung di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak dipilih menjadi hos untuk mengendalikan majlis berprestij itu.
Namun, eleman gurauan yang diselitkan Zizan Razak dianggap keterlaluan. Dalam anugerah itu, Zizan secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof dibeli.
Susulan itu, pelakon Datuk Hans Isaac tidak semena-menanya terasa dan kesal dengan eleman gurauan hos Zizan.
“Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.
“Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.
“Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan Pahang,” kata Hans Isaac.
Bagaimanapun, Zizan tampil beri respon balas.
Kata Zizan, “saya tak rasa gurauan saya kasar malam tadi. Ini kerana saya tahu masyarakat sekarang makin bijak menilai. Saya tidak bergurau melebihi had kerana semuanya yang saya cakap akan ditapis pihak produksi dan mereka tidak bercakap apa-apa mengenai soal itu.”
“Malah, pihak produksi juga berpuas hati. Bila saya tengok mereka gembira, saya pun gembira.”
“Tapi jujurnya, setakat ini saya tidak menerima sebarang komen negatif daripada orang sekeliling saya. Ustaz yang memberikan ceramah pun dikatakan menunjuk-nunjuk, apatah lagi artis seperti saya,” katanya.
Zizan enggan memperbesarkan isu itu sebaliknya menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran. Katanya juga setiap komen yang dilayangkan, diterima secara positif (tidak mudah sentap).
Dalam pada itu juga, Zizan turut dikritik oleh pelakon Afdlin Shauki kerana mengenakan kaca mata hitam ketika mengacarakan majlis berkenaan.
“FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dengan audience!.. mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!”-kata Afdlin Shauki di instagram.
Ini pula respon Zizan Razak menjawab kritikan Afdlin Shauki
“Mungkin dia tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.
“Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu perjalanan acara.
“Apa-apapun, saya tidak berkecil hati dan saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan,” kata Zizan.
No comments:
Post a Comment