Al-Fatihah : Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Terbakar, Lebih 20 Penghuni Maut



Kuala Lumpur: 14 Sep - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi tadi, lapor BH Online.

Kata portal itu, Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.



Sumber: BH Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...