Pelajar Tingkatan 3 Kantoi Melahirkan Bayi Di Surau Sekolah



Seorang pelajar tingkatan tiga didapati melahirkan bayi perempuan di surau sekolah menengah di Jempol, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, polis menerima panggilan daripada pihak sekolah memberitahu remaja perempuan berusia 15 tahun itu pengsan dalam surau sekolah, 10.30 pagi tadi.


"Anggota polis ke lokasi dan menemui pelajar terbabit terbaring dengan bayi perempuan di atas badannya.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi sendirian sebelum ditemui guru. Dia kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut bersama bayi itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: Harian Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...