PELUANG UNTUK BERTEMU BALOTELI @ MAN CITY

KUALA LUMPUR – Promoter perlawanan bola sepak antarabangsa, ProEvents Group, akan memberikan pas kepada 20 pemenang bertuah bagi sesi pertemuan eksklusif ‘meet and greet’ dengan pemain juara Liga Perdana Inggeris 2011/2012, Manchester City.
    
Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group Julian Kam dalam kenyataan di sini hari ini berkata untuk memenangi pas eksklusif itu, peminat perlu membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan Manchester City menentang pilihan Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 30 Julai.
    
Pemegang tiket perlu menghantar nama mereka, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor siri tiket menerusi e-mel ke bluemoonrising@proevents.com.
“Penyertaan bagi pertandingan itu perlu dihantar pada atau sebelum 11.59 malam Ahad ini (8 Julai). Pemenang 20 cabutan bertuah itu akan diumumkan pada 9 Julai,” kata Kam.
    
Untuk maklumat lanjut, peminat dinasihat melayari laman web www.proevents.com atau the Manchester City FC Summer Tour 2012-Malaysia Event Page di www.facebook.com/ProeventsGroup/events.
    
Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket VIP terhad berharga RM388 boleh didapatkan di semua cawangan Ticketpro di seluruh negara, Ticketpro hotline 03-78807999 dan www.ticketpro.com.my. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...