KECOH:Lelaki Bawa Pedang Samurai Ceroboh Kompleks JPM, Polis Lepas Tembakan!


PUTRAJAYA  - Siuman atau tidak?
Begitulah persoalan yang timbul apabila seorang wanita dan lelaki tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai!
Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam .
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri.
Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.
Sehingga laporan ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...