KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012


Assalamualaikum  (",)


KELANTAN muncul Juara Liga Super 2012 selepas menewaskan Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu sebentar tadi.
Bekas penyerang kebangsaan dan Perak, Indra Putra Mahayuddin membuka pesta jaringan The Red Warriorsdengan jaringan pertama pada minit ke-17 sebelum Mohammed Ghaddar menggandakan jaringan dua minit kemudian.
Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menambah gol ketiga pada minit ke-23, manakala gol keempat dijaringkan sekali lagi oleh Indra Putra minit ke-30.
Nurul Azwan Roya turut mencatat nama selaku penjaring gol meneruri jaringan di minit ke-39 untuk menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan 5-0.
Indra Putra melengkapkan jaringan hatrik peribadi menerusi jaringan pada minit ke-48.
Walaupun saingan Liga Super 2012 masih berbaki dua perlawanan, namun gelaran Juara Liga Super 2012sah milik Kelantan selepas mengumpul 57 mata.
VIDEO GOAL KELANTAN 6 - 0 PERAK


Video Kelantan vs Perak [6-0] Liga Super 07.07.2012

Alhamdullilah
dan tahniah buat pasukan Kelantan . menjuarai Liga Super musim ini
syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berkat limpah kurniaNya kita sekali lagi di beri kemenangan yang amat bermakna buat seluruh rakyat Kelantan!

teruskan perjuangan dalam Piala Malaysia pulok
Gomo kelate Gomo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...