IPOH – Calven Chik Foo Keong, suami yang didakwa mendera isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19, hari ini mendedahkan rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian, pada 23 Ogos lalu.
Calven Chik, 26, berkata rakaman video selama 90 minit itu terpaksa didedahkan bagi membersihkan namanya yang tercemar selepas hanya sebahagian daripada rakaman berkenaan dimuat naik, ke dalam laman Facebook isterinya.
Jelas beliau, isterinya melakukan provokasi terhadapnya dan segala tindakan yang dilakukan beliau ketika itu, adalah untuk mempertahan diri.
“Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
“Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Calven Chik mendakwa kejadian itu berpunca daripada Amanda Fong yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya berhubung perbualan beliau dengan seorang pelanggan butik milik mereka melalui laman sosial.
“Saya dikutuk orang ramai dan diancam selepas rakaman CCTV itu tersebar,” katanya sambil menafikan dakwaan beliau memukul isterinya yang hamil dua bulan secara berterusan selama kira-kira satu jam.
Mengakui masih menyayangi isterinya, Calven Chik berharap rumah tangga yang dibina sejak Januari lepas dapat diselamatkan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment