ASSALAMUALAIKUM...
Cerita ini memang benar-benar berlaku pada diri aku. Tidak aku sangka yang duit baru yang dikeluarkan sejak Julai 2012 ada bahayanya tanpa kita sedari. Duit baru ini aku rasa kita hanya dapat apabila menerima duit raya daripaka seseorang. Walaupun aku dah berumur 22 tahun, namun aku masih lagi mendapat duit raya dari saudara mara. Jangan jeles ye.
Berbalik semula kepada kejadian tadi, ketika itu aku hendak membayar harga minuman yang aku beli di sebuah kedai mamak berhampiran rumahku. Jumlah harga adalah RM1.30 (teh ais sebungkus jer) jadi aku keluarkan RM1 dari dompetku dan syiling 30 sen. Kemudian aku bagi kepada cashier tersebut. Rupa-rupanya, ada lagi sekeping RM1 yang terselit di belakang wang RM1 yang aku berikan tadi. Kiranya aku dah terbayar RM2.30 tanpa aku sedari. Hampir-hampir aku rugi.
Nasib aku baik kerana cashier tu baik hati dan pulangkan RM1 yang terlebih tu. Rasanya aku keluarkan tadi cuma RM1. Namun tak sangka ada RM1 lagi yang melekat di belakangnya. berkemungkinan sebab jari aku tadi tidak kesat masa mengira wang yang aku keluarkan.
Ada duit yang terselit tanpa kita sedari
Disebabkan wang ini masih baru,tiada kedut-kedut jadi memang hal ini menjadi masalah. Lagipun wang kertas yang baru ini nipis dan licin sangat. Boleh tersalah kira dibuatnya. Aku ingatkan hal ini cuma aku sorang jer yang alami, rupanya mak aku pun pernah mengalami hal sama. Walaupun cuma RM1, tapi kalau 5 kali hal ini terjadi, dah Rm5 dah tu. Bayangkan kalau wang kertas RM10 ke RM50 ke. Tak ke rabak jawabnya?
Jadi, pesan aku kat sini,berhati hati ketika korang sedang membayar dan periksa sekiranya anda terberi duit lebih kepada cashier terutamanya pengguna duit baru tu.

1 comment:
duit baru biasalah... melekat2...
Post a Comment