Berikut adalah petua ilmiah
bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh
para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa
mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:
1. Bila saja anda pulang ke
rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya
soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang
untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk
mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk
menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian
yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang
mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan
yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk
bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat
kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia
merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak
pula.
9. Selalulah memujinya dari
segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia
merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya
bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana
perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat,
jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan
anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan
jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya
tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya
kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan
bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa
rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa
untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda
perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda
telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang
menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu
tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah
rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat
menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu
berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda
baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia
yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula,
terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja
membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih
atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan
melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar
rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula
membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda
mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali
pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'.
Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang
terluang.
25. Telefon dia semasa anda
bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya
katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu'
sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan
katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah
patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada
tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan
plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan
jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon
tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang
dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan
pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.33. Bila dia merasa
marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak
bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri
anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya
dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu
berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda
lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda
ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang
tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan
atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia
memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran
yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk
pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah
tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana
anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia
lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang
lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting
dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat
perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah
kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian.
Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarya pada
waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian
dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda
bawa gambarya dalam dompet anda ... See
moredan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu
ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga
mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya
dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya
gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar
anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar
bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa
tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa
bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi
atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana
anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk
membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula
tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.
Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah
pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu
ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas
apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih
dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya.
Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan
barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak
dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah
masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia
berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan
anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada
apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang
dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk
tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan
berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan
senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila
dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan
angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara
yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki
dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat
sebelah.
71. Bila anda berjauhan
darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan
yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang
sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap
yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja
tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan
hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan
merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda
tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati
bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila
dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa
kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
No comments:
Post a Comment