Farid Kamil dan Diana Danielle sudah bertunang




Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Farid Kamil & Diana Danielle atas pertunangan 

mereka..

Tanpa diketahui ramai, artis Farid Kamil dan Diana Danielle telah pun mengikat tali 

pertunangan pada Ahad lepas.

Majlis pertunangan diadakan di kediaman Diana di Damansara dimana Diana menerima 

sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid, Norsiah sebagai tanda pertunangan.

Ibu Farid juga menyatakan rasa syukurnya kerana majlis yang dirancang sebulan yang lalu 

dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket 

pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak 

lelaki berbalas lima dulang.

Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

Pasangan ini hanya mengikat tali pertunangan selama setahun sahaja.

Semoga tahun hadapan peminat dapat menyaksikan perkahwinan antara Farid Kamil dan

 Diana Danielle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...