Amalan Romantik Untuk Suami Isteri




20 amalan romantik untuk suami isteri yang boleh diamalkan untuk kebahagian rumah tangga yang berkekalan. Khas untuk pasangan yang dah berkahwin sahaja.



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum pergi kerja. 


2. Jika tak dapat pulang ke rumah kerana ada urusan seperti bekerja, peluk pasangan dan cium di bibirnya. 


3. Sesibuk mana sekali pun, luangkan masa dengan telefon pasangan sekurang-kurangnya sekali sehari walaupun sekadar bertanya khabar. 

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti 'love you' atau 'rindunya kat sayang' sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, sebelum mengakhiri perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

5. Cuba dapatkan peluang untuk makan tengah hari bersama pada hari berkerja. 

6. Amalkan bertanya 'macam mana life hari ini?' pada pasangan selepas pulang dari kerja sebagai tanda korang mengambil berat pada pasangan.

7. Luangkan masa untuk berbual apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah isu semasa sebelum tidur. 

8. Mengalah jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar pertelingkahan tu berlarutan. Kalau boleh, biarlah berlaku dalam bilik suami isteri agar ia boleh berakhir dengan hubungan intim.

9. Teman pasangan semasa dia menonton rancangan kegemaran walaupun sambil teman sambil baca surat khabar kerana apa yang penting korang ada disisinya.

10. Jangan sesekali tidur berasingan walau anak ramai atau usia sudah lanjut kerana petua ni adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 

11. Amalkan sembahyang berjemaah bersama, berdoa bersama dan diakhir solat, bersalaman bersama. 

12. Lepas makan, biasakan diri membantu pasangan basuh gelas dan pinggan mangkuk dan buang rasa segan atau geli untuk menghabiskan makanan minuman isteri atau suami. 

13. Sesekali buat kejutan seperti beli hadiah peristiwa tertentu (ulang tahun perkahwinan contohnya) atau isteri pakailah pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang korang tahu pasangan pasti sukakannya. 

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting. Buatlah lawak secara spontan atau kalau tak mampu, rancang sedikit lawak yang akan diceritakan pada pasangan. Kena kreatif sedikit bab ni.

15. Sentiasa kenang pengorbanan pasangan seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 

16. Sekali-sekala tukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan rasa jemu. 

17. Apa-apa masalah yang timbul, berterus terang dan ajak berbincang untuk selesaikannya. 18. Berfikiran positif dan sentiasa bertekad untuk menjadi suami/isteri yang baik kerana fikiran positif akan memudahkan korang mencapai matlamat tu. 

19. Setiap pagi cium pasangan sebagai tanda korang sayang dia supaya harinya dimulakan dengan senyuman, dan waktu malam, berbisik manja pada pasangan tanda terima kasih kerana berusaha berbakti pada keluarga yang dibina bersama. Macam tu jugak dengan minta maaf. 

20. Kalau amalan-amalan kat atas korang tak pernah buat sampailah korang baca artikel ni, maka mulalah amalkannya tanpa rasa ragu dan malu demi kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan. Insyaallah. 

Jangan Khianati Setiap Apa yang Kita Miliki

assalamualaikum..





pernah korang rasa, shidup yang bagi korang sanggup korbankan banyak perkara dan sanggup bersusah payah sebab korang?

mesti pernah kan?

yup..bagi aku, aku rasa sangat bertuah..walaupun dikecewakan dan mengecewakan(erk..ni kes lain), tapi masih ada insan lain yang sanggup terima kekurangan dan menerima diri ini seadanya...

terdetik dihati ini..masihkah ada insan macam ni kat muka bumi ni?yup..masih ada..dan itu adalah dia.. =)

aku bukanlah sempurna dan memang tak akan pernah sempurna tapi aku bersyukur sebab masih ada insan yang sudi menerima diri ni dengan tanpa syarat dan sanggup melayan perangai aku yang entah ape-ape ni..

selain family,,dia juga antara orang yang terpenting dalam hidup ini... 


Terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan dia...
moga hubungan ini terus diredhai dan dirahmati hingga ke akhir hayat..


---------------------------------------------------------------------------------
untuk awak..

:saya sayang awak sangat-sangat...:')

walaupun awak buat saya menangis..
saya tak pernah bencikan awk..
rasa sayang kat awak makin bertambah-tambah..
kenapa awak khianati saya?
kenapa awak tinggalkan saya?
kenapa?
sebab saya tak sempurna untuk awak?
saya mengaku diri saya tidak sempurna..
saya hanya ada seketul hati yang ikhlas untuk menyayangi dan mencintai awak..
saya akan cintakan awak sampai mati...:')
saya tetap berdoa kepada Allah s.w.t semoga dilembutkan hati awak..dibukakan hati awak untuk terima saya..
semoga doa yang diminta untuk dijodohkan dengan awak dimakbulkanNya.
jika ada salah dan silap saya bersama awak..
harap dapat dimaafkan..halalkan segala makan minum saya..
maafkan segala kekurangan saya dalam menyayangi diri awak.
saya halalkan segalanya untuk awak..
terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya walaupun hanya untuk seketika.. sesungguhnya kasih sayang yang dicurahkan amatlah bermakna.terima kasih atas dorongan dan nasihat yang diberikan.awak yang pertama dan terakhir yang disayangi dengan sepenuh hati saya..
baju kawen kita kalerr pink kan?
semoga Allah s.w.t menjodohkan kita...amin..

saya sayang awak sangat-sangat..:')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...