INFO LELAKI MESTI TAHU: 6 Bahagian Tubuh Wanita Yang Mereka Suka Dicium Oleh Lelaki



Selain sentuhan wanita juga suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman tersebut tidak hanya di mulut sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang wanita suka untuk dicium. Berikut ini enam bahagian tubuh tersebut, seperti dipetik askmen:

1. Telinga
Telinga kerap jadi bahagian tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki melakukan fore play untuk pasangannya. Padahal dengan mencium di telinga, boleh meningkatkan libido wanita. Seperti dipetik askmen, cubalah mencium perlahan telinga pasangan anda dan rasakan sensasi yang akan diperolehi.

2. Belakang Leher
Salah satu cara yang paling mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak bercinta adalah dengan mencium bahagian belakang lehernya. Mencium bahagian belakang leher ini boleh dilakukan apabila anda tiba-tiba ingin memberikan kejutan yang tidak. Sebagai contoh saja ketika dia tengah mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.

3. Wajah
Semasa mencium wanita di wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman. Ketika melakukannya, ada kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan dengan ringan dan lembut di bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya. Tetapi jangan sesekali menjilat wajahnya kerana sangat tidak seksi. Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan dengan lembut.

4. Tulang Selangka
Semasa pasangan anda masih memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium. Buat anda yang belum tahu, tulang selangka ada di dekat bahu. Tulang yang menonjol di bahagian bahu, itulah tulang selangka.

5. Punggung
Anda tentu tidak menyangka kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif wanita. Punggung boleh jadi sangat sensitif untuk wanita kerana bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan kawasan yang memang anda ingin datangi.

6. Payudara
Mencium payudara wanita boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah melakukannya, perkara tersebut boleh membuat wanita jadi hilang selera untuk bercinta. Jangan sesekali menggigit payudaranya jika memang pasangan anda bukan jenis orang yang suka itu.

Terimalah aku seadanya sayang....






Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing- masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tenterauntuk pergi ke medan perang.

Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.

Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba..si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda
sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....

." Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

May all the love in the world comes to you & your loved ones after reading this. Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????
Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah..^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...