Panas! Bapa Durjana Liwat Anak Dipenjara 48 Tahun, Mangsa Pertama Kali Diliwat Ketika Melakukan Umrah


gambar hiasan


Putrajaya, 8 Sep - Seorang bapa dihukum penjara 48 tahun dan sebat sebanyak 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.

Lelaki terbabit yang juga seorang ajen hartanah itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.


Utusan Online melaporkan, berdasarkan fakta kes, mangsa kali pertama diliwat pada 3 April 2015 ketika dia berusia 13 tahun.

Apa yang lebih mengejutkan, mangsa ketika itu sedang melakukan umrah bersama bapanya di Mekah.

Kejadian itu berterusan pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.

Lelaki terbabit, yang juga bapa kepada tiga anak perempuan, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.

Kejadian didakwa berlaku di antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.


Pertuduhan menyebut, lelaki berkenaan didakwa meliwat mangsa setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, Apri dan Jun.

Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan ibadah puasa (27 Mei).


Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.


Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sumber: Utusan Online

" Kau Ingat Kau Siapa Di Sisi Tuhan," Jemaah Kongsi Kisah 'Ujian' Terjadi di Mina



Setiap antara kita yang beragama Islam pasti teringin untuk menunaukan ibadah Haji atau Umrah di Tanah Haram dan Madinah,

Ketika ini jutaan jemaah daripada seluruh dunia sedang mengerjakan rukun Islam yang kelima ini di mana sebahagian besar jemaah haji kini berada di Mina.

Setiap perbuatan di dalam ibadah haji mempunyai pengajaran dan hikmah tersendiri seperti dikongsikan oleh jemaah bernama Mohamed Hadi AH di mana beliau menceritakan pengalamannya semasa bermalam di Mina.

Sungguh kecil manusia ini, tidak kira kau kaya atau miskin, kau hitam atau putih, kau berdarah raja atau rakyat jelata, apabila berada di sana, engkau adalah sama, segala kesenangan akan ditinggalkan.

Jom baca perkongsian beliau.

Kenangan khemah di Mina. Tidak lebih elok dari kem pelarian. Betul-betul satu tarbiyah Ilahi, aku terpukul dengan torture dari langit. 

Pengalaman di Mina menarik segala nikmat yang ada. Sesetengah kita tak kisah kalau tak dapat satu-satu nikmat, tapi nikmat yang lain, mesti kena ada. Tapi nikmat di Mina, Allah tarik belaka. 

Suka makan? Nak makan boleh makan kat Mina, tapi tandas ya ampun, 2700 orang kongsi 40 tandas. Nak beratur depan kau ada berbelas orang tengah tunggu turn. Terbantut nak makan. 

Suka tidur? Nak tidur boleh tidur tapi kaki berlaga kaki, kepala berlaga kepala, dalam kebanyakan masa kena peluk lutut sendiri. Nak tidur pun Allah tak bagi izin untuk selesa. 

Suka mandi? Nak mandi macam mana, air sentiasa panas. Cuaca dahlah panas, air pun panas, dalam khemah pun panas. Allah tak izin jugak. 

Bila tidur tak selesa, mandi pun tak selesa, makan pun tak selesa, rehat terganggu, maka kau tahu siapa diri kau yang sebenar pada waktu itu. 

Selama ni rilek je boleh baca Quran sejam dua, wah duduk bersandar kau dalam aircond. Bila kat Mina kau selak Quran baru baca satu muka rasa macam nak putus nyawa.

Dalam serba-serbi semuanya tak selesa, Allah suruh kau berjalan 9km sehari untuk melontar selama 3 hari (kalau nafar awal) atau 4 hari (kalau nafar tsani). 9km sehari! Jalan kaki selama sejam setengah atau tiga jam (bergantung kepada aliran trafik jemaah). 

Penat, lesu, sengal, kejang, busuk, hapak, kusut masai, padan muka kau. 

Kau ingat kau siapa di sisi Tuhan? 


sumber  

- Siakapkeli.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...