Tahukah anda cara untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?
Jawapannya ialah...... MINUM BANYAK AIR!!!
1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan
kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang
terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi
boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan
hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20%
pengecutan otot-otot didalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan
stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan
memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion"
perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air
untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan
anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan
pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat
pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut
kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak
terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati
juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan
didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit,
bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal
dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini.
Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana
hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan.
Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih
banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan
disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan
anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih
ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan
air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam
badan.
Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan
dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil
sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa
terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat
yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas
dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan
didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu
masalah.
Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun
berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun
berlaku di dalam badan !