"Saya Punyalah Malu Masa Tu" - Hairul Azreen


PELAKON Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Hairul memberitahu ia merupakan pekerjaannya pada tahun 2006.





Hairul yang turut berkongsi fotonya ketika melakukan kerja itu akui malu gambarnya diambil.



Dengan nada gurau Hairul berkata jika boleh dia tidak mahu mengambil gambar ketika mengecat jalan kerana bimbang kekasih yang ada nanti lari.

Sementara itu, Hairul turut berpesan supaya berbuat baik dan menghargai dengan semua orang, tak kira siapa pun mereka.

Tambah Hairul lagi, ijazah terbaik adalah datang dari pengalaman hidup.

Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan Hairul yang sentiasa mahu memajukan diri biarpun sanggup bersusah-susah dahulu.

Sumber: Astro Awani

Fattah Amin Enggan Muncul Dalam Rancangan 'Meletop' Dihoskan Neelofa?


Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin sekali lagi menjadi perhatian selepas dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad.

Difahamkan, pihak produksi yang pada awalnya membuat pengumuman mengenai kemunculan Fattah dalam rancangan itu memohon maaf ketika rancangan berkenaan sedang keudara atas sebab Fattah tidak dapat hadir.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” jelas kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.


Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu dipercayai sudah pun bersiap sedia di belakang pentas untuk muncul dalam program berikut sebelum membuat keputusan untuk menarik diri pada saat akhir.




Situasi berkenaan berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan siaran itu.


Sementara itu, menurut laporan yang dipetik dari mStar Online, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Insiden yang berlaku itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fattah tidak profesional.

Sumber- mStar Online

'Saya Dah Berhenti Berlakon Dari Tahun 2016 Dan Joined Umno Bukan Untuk Projek Tekak Sendiri' - Dira



Setelah beberapa hari dikecam netizen kerana ucapannya di Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2o17, yang secara jelas dan terang menyindir rakan artis, Nur Fathia Latiff, Dira Abu Zahir tampil memberikan penjelasan.

"Saya sudah memilih untuk berhenti berlakon dari tahun 2016. Filem Kimchi Untuk Awak adalah filem terakhir saya. Walaupun saya masih diminta untuk teruskan kerja berlakon oleh kawan-kawan saya, keputusan saya tetap. Bukan sebab dah sendu," katanya di Twitter. 


Dira turut berkongsi gambar sebahagian dari teks ucapannya pada hari itu di laman Instagram dan Twitter.


Dalam masa yang sama, Dira juga turut menafikan penglibatannya dalam parti UMNO kononnya untuk projek tekak sendiri. 


"Nah, for those in the industry who thought I joined UMNO for project tekak sendiri only. FYI, I am still making noise about this until I will be called by the government to look into this matter. And I dot it for the love towards all of my friends in the industry," katanya. 

Dira juga menafikan dakwaan netizen kononnya dia membuka aib Fathia. 


"Saya tak buka aib dia. Dia dah buka sendiri dah sebelum tu. Live lagi and I thought you all pun enjoyed watching the video berkali-kali gak," katanya. 

Sumber: The Reporter

[VIDEO] Aksi Sajat Menari Seksi Di Spain Buat Mat Saleh Melopong!


Beberapa hari lepas, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan rakan duetnya Sajat telah berangkat ke Sepanyol untuk penggambaran muzik video, Abang Nak Tegur. Menurut Datuk Aliff lagi, mereka akan ke tiga buah negara untuk tujuan tersebut.

Meskipun dikecam bertubi-tubi dan mendapat jumlah dislike yang banyak, itu tidak mematahkan semangat Datuk Aliff dan Sajat untuk terus melebarkan bakat nyanyian mereka. Terbaru, Sajat telah menarik perhatian ramai apabila memuatnaik video sedang menari-nari di negara orang! Amboi bahagianya!


Walaupun menerima banyak ‘dislike’, lagu ‘Abang Nak Tegur’ nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat kekal sebagai lagu paling didengari di Youtube dengan jumlah tontonan lebih 2 juta setakat ini. Sebelum ini, Aliff pernah menyatakan hasrat untuk membawa lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu ke tahap antarabangsa. Katanya, video ini bakal menjadi yang termahal pernah dihasilkan di Malaysia. Wah!





Alamak mat saleh pun terlopong lihat gelagat nakal Sajat ni, apa-apa pun semoga penggambaran cepat-cepat habis dan boleh balik ke Malaysia. huhu

Sumber: Kisah Dunia

Tun Mahathir Dan Tun Siti Hasmah Serah Semula Pingat Kebesaran Selangor


Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal ini telah disahkan oleh seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Betul", kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin yang mengesahkan tindakan Mahathir itu.

Turut mengikut tidakan Tun M ialah isteri kesayangan beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang disahkan sendiri oleh pembantu Dr Mahathir.

"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.


Datuk Rais juga berkata keputusan itu telah dibuat tanpa desakkan mana-mana pihak dan atas pertimbangan Tun M sendiri.

Namun, beliau enggan memberi penjelasan yang lanjut mengenai alasan pemulangan pingat tersebut. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.

"Sudah gaharu cendana pula," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.

Pengerusi Parti BERSATU itu menerima pingat tersebut daripada Sultan Selangor pada tahun 1978 dan 2003 sebelum mengembalikannya semula kepada pihak Sultan Selangor. Pingat itu diserahkan kepada pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Pingat yang dikembalikan oleh Dr Siti Hasmah pula ialah anugerah yang diterima daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994. Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor. 

Pada awal November lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar semua pihak tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Baginda juga bertitah tidakan tersebut boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. Baginda yang merujuk kepada ucapan Tun Mahathir pada perhimpunan Sayangi Malaysia, hapuskan Kleptokrasi di Petaling jaya 14 Oktober lalu.


Dr mahathir dikatakan telah memandang serong kepada bangsa bugis dan telah mengecewakan Sultan Selangor atas ucapan beliau itu.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam satu temu bual yang diadakan.





Sumber: Malaysia Kini via siakapkeli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...