Satu video yang memaparkan satu sesi ruqyah menjadi viral di laman media Twitter semalam.
Video yang dimuat naik oleh akaun @BirdsOfJannah itu dipercayai merupakan sesi ruqyah yang dijalankan oleh seorang individu dari HasanatRuqya yang merakamkan seorang wanita yang dikatakan dirasuk oleh seekor jin.
Hasil siasatan seterusnya mendapati video itu pada asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, Umm Abdullah al-Hasanat, yang menjelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku disebalik video terbabit.
Menurut Abdullah, makcik di dalam video telah dirasuk selama lima bulan dan jin di dalam badannya telah menyebabkan pelbagai masalah dalam kehiduan seharinnya. Jin itu menghalangnya dari solat dan yang terbaru, jin itu asyik menyanyikan lirik satu lagu nyanyian seorang penyanyi yang baru sahaja dikeluarkan dalam bulan lepas.
"Ia selalu menyebabkan makcik itu keluar dari rumah bila tiba Maghrib sambil cuba menanggalkan bajunya. Anak lelakinya meminta bantuan dari kami selepas pada satu hari mendapati ibunya menyanyi dalam suara yang pelik di dalam bilik air.
"Dia menunggu ibunya keluar dan terperasan bahawa anak mata ibunya membesar dan bertukar jadi hitam legap ketika asyik menyanyikan lirik lagu terbabit. Anaknya juga merasa pelik kerana kebiasannya ibunya lebih gemar kepada sajak-sajak tradisi Arab." cerita Abdullah.
Ketika sesi konsultasi, mangsa ada memberitahu bahawa dia telah dibanjiri oleh pemikiran-pemikiran kotor dan mempunyai kemahuan aneh untuk pergi ke tempat-tempat dimana wanita menjual badan.
Kata Abdullah lagi, terdapat banyak kes-kes yang sama tetapi yang dirasuk biasanya mereka yang gemar mendengar muzik.
Tambah beliau juga, dia telah meminta kebenaran mangsa untuk memuat naik video itu untuk dijadikan pengajaran buat semua.
Video yang dimuat naik itu memaparkan mangsa yang dipercayai dalam keadaan dirasuk berkata ia mendendangkan kepada mangsa lagu tersebut dan dilihat gemar mengulangi beberapa perkataan sebanyak tiga kali - dipercayai sama seperti lagu terbabit.
Tonton video itu dibawah:
No comments:
Post a Comment