Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..
Ketika saya mula-mula berkahwin dahulu, saya ingin sangat disahkan hamil pada bulan pertama perkahwinan. Namun rezeki Allah sedikit lewat untuk saya supaya saya boleh nikmati saat berbulan madu lebih lama. Pada bulan kedua perkahwinan barulah saya disahkan hamil. Tahu saja diri saya hamil, tiba-tiba sahaja tekak mula terasa loya. Adakah anda semua begitu atau saya yang mengada-ngada? Rupa-rupanya memang banyak ya masalah yang biasa dialami oleh wanita hamil ni.
Jadi, jom kita tengok satu per satu masalah yang memang biasa wanita hamil hadapi. Jika anda sedang hamil atau pernah hamil, cuba anda ingatkan semula adakah antara perkara-perkara anda alami. Atau jika lima-lima masalah ini anda hadapi ketika hamil, anda memang ibu yang hebat!
Eh, jangan lupa juga kongsikan artikel ini dengan suami anda. Tidaklah suami syak kita ni manja yang bukan-bukan kan?
Loya Atau Morning Sickness
Bertuahnya anda jika anda tidak merasa loya atau morning sickness ketika hamil. Hampir semua wanita yang hamil akan alami masalah ini. Saya alami loya yang agak teruk ketika trimester pertama dan alhamdulillah masuk sahaja trimester kedua keadaan saya kembali normal.
Ketika dalam fasa morning sickness, perangai memang nampak mengada sangat. Nak makan pun memilih restoran yang mahal-mahal sebab kononnya restoran biasa-biasa bau masakan terlalu kuat. Paling tidak pun memilih restoran yang open-air. Ada ketika saya langsung tidak boleh bau peti ais. Pantang ada orang buka peti ais, saya akan muntah. Dan kebanyakan waktu hanya mampu melepek depan tv macam kain buruk. Kesian suami saya kan?
Loya atau morning sicness bukanlah satu tabiat yang direka-reka oleh ibu hamil untuk minta simpati suami atau orang sekeliling. Ia berlaku akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Anda boleh baca artikel yang pernah saya tulis mengenai cara atasi loya supaya suami tidak terabai.
Ada ibu hamil yang tidak alami loya waktu pagi sahaja, bahkan setiap saat dan ketika kepalanya pening dan tekaknya loya sehingga hilang segala selera makan. Ramai juga yang terpaksa menginap di hospital kerana kekurangan nutrisi akibat loya. Apa-apa pun sebagai wanita, kita perlu syukur sebab Allah pasti berikan kita ganjaran pahala kerana bersabar menahan loya.
Kalau suami pun inginkan pahala, selalulah picit-picit kepala isteri yang sedang alami alahan. Bersabar dengan mereka pasti anda juga mendapat ganjaran besar dari Allah.
Perubahan Suhu Badan Yang Tidak Normal Berbanding Orang Lain
Yang saya perasan, suhu badan saya memang pelik dari kawan-kawan saya di pejabat. Ketika trimester pertama, saya sangat alah dengan cuaca sejuk. Saya ke pejabat dengan memakai baju yang berlapis-lapis termasuk baju tebal. Saya terpaksa menutup suis penghawa dingin kerana cuaca sejuk melampau akan menyebabkan kepala saya jadi berat dan akhirnya muntah.
Masalahnya, kawan-kawan sepejabat tidak pula rasa sejuk. Oleh kerana mereka kasihankan saya, terpaksalah mereka bekerja dalam keadaan panas dalam tempoh empat bulan pertama.
Masuk pula trimester kedua, panas melampau-lampau pula dirasakan. Penghawa dingin saya buka full blast. Nasiblah kawan-kawan sepejabat memang jenis tebal kulit agaknya, OK sahaja dengan penghawa dingin yang dipasang kuat.
Tetapi jika saya hamil anak ketiga nanti, saya sudah tidak risau kerana saya tidak lagi bekerja. In shaa Allah kali ini tidaklah saya menyusahkan kawan-kawan di pejabat.
Kaki Bengkak
Juga dikenali sebagai ederma. Saya tidak alami masalah kaki bengkak ketika hamilkan kedua-dua anak saya. Tapi masalah ini memang biasa di kalangan ibu hamil.
Jangan risau kerana ianya akan kembali surut selepas anda bersalin. Dan jangan pula rasa tidak cantik. Masalah kaki bengkak akan sedikit menyukarkan pergerakan anda. Jadi, apa kata ambil peluang ini untuk bermanja dengan suami anda.
In Shaa Allah nanti saya akan tulis artikel berkenaan kaki bengkak ini.
Kaki Cramp atau Kejang Ketika Tidur
Siapa pernah kena kejang kaki memang terbaik kan? Biasanya wanita hamil diserang kejang kaki bila kandungan sudah pun masuk trimester ketiga. Ini merupakan petanda badan anda kekurangan kalsium.
Biasanya kalau saya kena kaki kejang, saya akan kejutkan suami dan minta dia tarik kaki saya kuat-kuat. Memang sakit tapi akan lega selepas itu. Dan jangan sesekali melawan kesakitan kejang kaki sebab ia akan membuatkan kaki anda lebih sakit.
Cara mudah untuk elak masalah adalah dengan mengambil pil kalsium Ostematrix supaya bekalan kalsium mencukupi untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Anda boleh rujuk artikel Punca Kejang Kaki Ketika Hamil.
Kerap Kencing Terutama Waktu Malam
Jika ianya terjadi ketika anda yang tidak hamil, anda perlu membuat rawatan susulan kerana mungkin ada masalah kesihatan yang berkait. Tetapi kerap buang air kecil di waktu malam untuk wanita hamil adalah normal.
Kata orang tua-tua ianya berpunca dari rambut bayi yang membuatkan kita geli lalu terasa ingin buang air. Tetapi sebenarnya ia disebabkan saiz bayi yang semakin membesar yang menekan bahagian pundi kencing. Oleh itu jangan risau kerana perkara ianya akan berhenti selepas anda melahirkan.
5 masalah yang saya kongsikan di atas terjadi kepada kebanyakan wanita hamil. Ada lagi tau masalah-masalah yang lain yang mungkin lebih berat. Tetapi ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat kaum wanita untuk hamil buat kali kedua dan seterusnya.
Ohh…kaum wanita memang kaum yang hebat!!
Wanita hamil sering juga dikaitkan dengan stigma tidak larat atau mempunyai keupayaan terbatas. Ya, kebanyakannya begitulah. Sampai orang keliling pun rasa simpati. Tapi seorang wanita yang saya kenali ini memang hebat kerana mampu memanjat candi borobodur ketika hamil 7 bulan. Malah beliau yang sampai dahulu berbanding rakan lain. Kalau panjat candi pun selamba sahaja, inikan pula setakat ke pejabat. Mesti anda yang sedang melepek atau asyik MC teringin sihat dan kuat ketika hamil seperti beliau kan? Jom kita tengok video akak ni.
Best kan beliau kongsi pengalaman beliau ketika hamil? Saya pun rasa tidak sabar untuk kembali hamil dan cuba saranan dari beliau.
Kepada anda yang juga turut ada 5 masalah di atas, jangan runsing kerana ianya akan berlalu juga akhirnya. Tetapi dalam tempoh diserang masalah ini, takkanlah anda mahu abaikan sahaja kesihatan anda sehingga aktiviti harian anda turut terganggu. Aktiviti harian terganggu OK lagi, risau pula jika suami terabai dan ambil hati dengan sikap anda
No comments:
Post a Comment