Cara buat perangkap nyamuk mudah dan senang




Risau dengan kesihatan keluarga ekoran terdapat banyak nyamuk dikawasan perumahan? Jom buat perangkap nyamuk yang mudah dan senang. 

Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

  1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
  2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
  3. Tambah yis. Tidak perlu untuk gaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
  4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi. Pastikan hujung botol tidak mencecah air.
  5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
  6. Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...