Risau dengan kesihatan keluarga ekoran terdapat banyak nyamuk dikawasan perumahan? Jom buat perangkap nyamuk yang mudah dan senang.
Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.
Bagaimana caranya:
- Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
- Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
- Tambah yis. Tidak perlu untuk gaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
- Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi. Pastikan hujung botol tidak mencecah air.
- Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
- Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.