Lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.

"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.
Foto
POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir

"Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis itu.

"Dia kemudian Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup dengan pendingin hawa," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berusia adalah ahli perniagaan manakala wanita terbabit berusia 51 tahun," katanya.

Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada unsur jenayah atau mati mengejut.

"Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04sumber:HarianMetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...