Info Panas : Harga Minyak Februari 2017 NAIKKKKKKKKK mendadak???
Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu
Bermula bulan Julai tahun 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya
Kadar baru minyak 1 FEB 2017
Ron95 RM2.25 seliter
Ron97 RM2.45 seliter
Diesel RM2.25 seliter
Berkuatkuasa pada pukul 12 A.M 1 FEB 2017
Naik lagi weiiii
Nak percaya..
PERCAYA jee...
KALAU XNAK PERCAYA.. PERGI STESEN MINYAK PAGI ESOK.. :p
Ibu Tikam Anak 2 Tahun 28 Kali Sehingga Usus Terburai Dan Mati
Jumaat lalu, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilapor maut setelah ditikam oleh ibunya sendiri sebanyak 28 kali
- Suspek, Pretty Juliana Ningsih Hasibuan, 32, telah menikam badan anaknya, M Altahir, 2, sebanyak 28 kali dengan dua pisau dapur.
Tragedi ini berlaku di rumah abangnya di Jalan Dahlia Ujung, Lingkungan IV, Desa Suka Makmur, Kecamatan Delitua, Sumatera Utara.
Menurut laporan, Pretty tinggal bersama abang kandungnya dan mengalami kemurungan sejak 12 tahun lalu setelah ditinggalkan suami
- Pretty dibawa ke Rumah Sakit Jiwa di kawasan Medan Tuntungan selepas kejadian untuk disiasat
"Kami lakukan siasatan untuk mengetahui sejauh mana tahap depresi dan kemurungan yang dialami oleh beliau. Sepanjang tempohnya di sini, beliau akan dirujuk kepada pakar psikiatri," lapor sumber. -
Pretty difahamkan mengalami halusinasi yang dahsyat. Ketika kejadian, Pretty menyangka bahawa beliau sedang menikam seorang perompak yang masuk ke dalam rumah.
- Pretty ternampak bayangan seorang perompak masuk ke rumah abangnya lalu bertindak mengambil dua bilah pisau di dapur. Selepas itu, beliau menikam 'perompak' tersebut berkali-kali tanpa menyedari sebenarnya individu yang ditikam itu adalah anaknya sendiri.
"Kami sempat bercakap dengan dia dan dia berkata dia sudah menangkap perompak yang memasuki rumahnya," kata Muliadi, RT setempat.
Sedih : Suami Bacakan Talkin Untuk Isteri Selepas 4 hari Berkahwin
IPOH 17 Jan. – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini apabila Muhammad Hisyamuddin Yunus, 25, membacakan talkin untuk jenazah isterinya, Nur Fazlina Fazil, 25, sambil menangis.
Rata-rata kaum keluarga dan sahabat handai yang ada di situ turut tidak mampu menahan air mata daripada mengalir apabila melihatkan keadaan tersebut.
“Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,” luah Muhammad Hisyamuddin ketika ditemui selepas majlis pengebumian isterinya itu di sini hari ini.
Arwah yang baru dikahwini empat hari lalu maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas hingga melanggar penghadang kiri jalan di Kilometer 200.9, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di Kerian semalam.
Kejadian pukul 3 petang itu menyebabkan Nur Fazlina tercampak keluar daripada kenderaan dan tersangkut pada penghadang jalan berkenaan.
Nur Fazlina yang berasal dari Taman Ipoh Jaya Timur di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping.
Menceritakan semula kejadian Muhammad Hisyamuddin memberitahu, kira-kira 20 minit sebelum kemalangan berlaku, arwah isterinya tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjadikan dia sebagai isteri.
Tambah penuntut tahun akhir ijazah sarjana di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) itu, Nur Fazlina turut meluahkan harapan ingin menjadi isterinya sehingga akhir hayat.
“Ketika mendengar kata-katanya itu, hati saya berdetik mengapa dia berkata sebegitu sehinggalah kejadian tersebut.
“Meskipun merasa sangat sedih, namun saya redha dengan ketentuan Allah yang menetapkan jodoh kami hanya untuk empat hari,” ujarnya sebak.
Berita BAik Utk Peminat RM : Persembahan Terakhir, Running Man Pilih Malaysia
Anggota Running Man, Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin dilaporkan bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi.
Menurut laporan portal Korea, TV Report, Running Man akan mengadakan siri jelajah Asia bermula Februari depan.
Selain Malaysia, acara tersebut turut diadakan di Taipei, Taiwan, Macao, Singapura dan Thailand.
Siri jelajah itu dimulakan di Taipei, Taiwan pada 10 Februari.
Bagaimanapun, Yoo Jae Suk dilaporkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.
Dalam pada itu, sebaik sahaja berita mengenai siri jelajah berkenaan dihebahkan, nama Running Man kembali menjadi bualan hangat dikalangan peminat seluruh dunia.
Hashtag #runningman juga menjadi antara yang paling popular di laman sosial twitter dan Instagram.
Rata-ratanya menyatakan rasa gembira kerana berpeluang untuk menyaksikan lima figura popular berada di atas satu pentas yang sama.
Namun tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih kerana siri jelajah ini merupakan perjalanan terakhir untuk 'Running Man'.
8 Sebab Wanita Perlu Lakukan Senaman Squat!
Setiap wanita inginkan tubuh badan yang menarik dan langsing, tapi malas nak bersenenam.
Tapi sebenanarnya ada satu senaman mudah yang wanita boleh lakukan untuk miliki tubuh badan ideal.
Senaman Squat ataupun mencangkung, mampu beri 8 kebaikan terutamanya untuk wanita!
1. Boleh hilangkan SELULIT!
Otot regangan yang anda lakukan sewaktu senaman squats mampu mengepam darah di seluruh tubuh badan. Dalam masa yang sama, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada SELULIT!
2. Baik untuk penghadaman
Squats membantu menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Senaman mencangkung mampu memperbaiki aliran cecair dalam badan anda dan memudahkan sisa melalui usus anda.
3. Membina otot-otot badan
Senaman squat menggalakkan pembinaan otot seluruh tubuh anda. Selain itu senaman squats juga mampu meningkatkan kekuatan badan anda.
4. Boleh dilakukan dimana sahaja
Anda tak perlu gimnasium atau kelengkapan. Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Anda boleh melakukan squats di rumah atau anda boleh lakukan kerja sambil mencangkung.
5. Anda akan berjalan seperti Ratu Cantik!
Squats bukan sahaja memperbaiki postur anda, malah bantu untuk duduk, berdiri dan berjalan tinggi dan lurus, sama seperti seorang ratu cantik.
6. Membakar lemak & mengurangkan berat badan
Selain membina otot anda, ia juga mampu membakar lebih banyak dan lebih banyak kalori, jadi squats membuat kerja luar biasa untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.
7. Membantu menguatkan lutut
Squat menguatkan otot lutut anda dan membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi, oleh itu membantu untuk menjaga mereka dan menguatkan lutut.
8. Dapatkan pinggul yang bulat!
Squats boleh memejalkan punggung anda dalam masa yang singkat, tanpa sebarang pembedahan. Jadi , jika anda inginkan pinggul yang mantap, lakukan senaman mencangkung!
Jangan Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah Kita
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
VIDEO : Sambutan Sempena Perkahwinan Dengan Pertujukkan Tembak Menembak Secara Rambang
Video pertujukkan secara rambang di majlis perkahwinan di Alregia mendapat jumlah share 160,000 ribu dari seluruh dunia dengan jumlah view mencecah 8 juta!!
Pertunjukkan tembakan secara merbahaya itu dilakukan dengan ditonton oleh orang ramai yang hadir tanpa mengira risiko keselamatan diri.. Ini GILA!!!
SELAMAT MENONTON!!
VIDEO : Bapa Kejam Dera Bayi Sendiri Demi Sakitkan Hati Isterinya
ARAB SAUDI - Seorang lelaki tergamak mendera bayinya sendiri dipercayai sebagai tindakan membalas dendam terhadap isterinya selepas tidak tinggal bersama.
Video dan gambar mangsa yang berusia sebulan itu viral di media sosial dan telah dikongsi 29,131 kali oleh pengguna Facebook.
Menurut individu yang memuat naik video dan gambar tersebut, kejadian itu berlaku di bandar Mekah di mana si suami kerap mendera mangsa dengan menampar dan mengoncangkan kepalanya. Selain itu, lelaki terbabit turut mencampurkan susu bayinya dengan air peps dan merokok berhampiran mangsa.
Segala tindakan itu dirakam dan dihantar kepada ibunya yang berasal dari Syria yang telah terpisah selepas lelaki itu telah merampas mangsa darinya.
Tidak tahan melihat nasib yang menimpa anaknya, si ibu membuat laporan dan meminta bantuan dari pihak polis Arab Saudi bagi mendapatkan semula anaknya dari lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
Difahamkan, mangsa telah berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada ibunya.
KANTOIII Menyamar Buta Untuk Kutip Derma
Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan seorang wanita yang berpura-pura buta untuk mengutip derma di sekitar bandar raya ini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, berdasarkan gambar yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB) sejak beberapa hari lalu, pihaknya mengesyaki wanita berkenaan menggunakan kad Orang Kurang Upaya (OKU) palsu atau milik individu lain.
Menurutnya, kad yang memiliki lambang JKM itu kini tidak digunapakai sebaliknya digantikan dengan kad baru.
Katanya, pihaknya berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan wanita berkenaan tampil menyalurkannya kepada JKM.
“Kami sedang mengesan wanita berkenaan susulan aduan daripada penduduk sekitar bandar raya ini.
“Sebelum ini, kakitangan JKM pernah terserempak dengan wanita itu yang menjalankan kegiatan sama di Kampung Melayu Majidee namun dia sempat melarikan diri,” katanya. – Sumbe
(Video) "Assalammualaikum... " - Ucapan Penuh Faiz Subri Ketika Terima Anugerah Puskas 2016
Faiz Subri hari ini membuat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang memegang trofi berprestij di anugerah FIFA yang berlangsung sebentar tadi.
Beliau memenangi anugerah Puskas atau anugerah gol paling cantik bagi tahun 2016.
Bermula dengan 'Assalammualaikum', Faiz kelihatan sedikit gementar ketika memulakan ucapannya namun dia berjaya menghabiskan ucapan tersebut tanpa sebarang masalah.
Tahniah buat Faiz Subri. Anda seorang lagenda! Apa yang pasti, nama Faiz Subri dan gol magisnya akan dikenang satu dunia setanding dengan gol lagenda Roberto Carlos.
Video ucapan Faiz Subri (HD):
Video ucapan Faiz Subri (HD):
(Video) Saya Panjat Tingkap Nampak Budak Tanpa Pakaian Menangis Atas Lantai - Ketua Kampung
Tampin: Semalam negara digemparkan sekali lagi dengan berita penemuan kanak-kanak terbiar ditinggalkan oleh ibu sendiri dalam keadaan tidak terurus dan kotor berseorang di dalam rumah.
Kisah berkenaan mendapat simpati ramai dan ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu kanak-kanak tiga tahun tersebut yang meninggalkan anaknya berseorangan kelaparan sebelum kelibatnya kanak-kanak itu disedari orang kampung selepas terdengar suara kanak-kanak menangis.
Menurut Ketua Kampung Kampung Parit Buluh, Mohd Dom Md Amin, 57, beliau telah pergi ke rumah berkenaan selepas ada jirannya mengadu terdengar tangisan kanak-kanak membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
“Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata dipetik lpaoran Harian Metro.
Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya lagi.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya lagi.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. - Siakapkeli.my
Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. - Siakapkeli.my
GAMBAR : Seorang gadis remaja cantik bertindak mengelar tangan kerana KECEWA berCINTA
Kerana cinta, seorang gadis bertindak mengelar menggunakan pisau di bahagian lengan..
Tanpa menunjukkan rasa sakit akibat luka torehan pisau itu, gadis berkenaan sibuk berselfie bagi menunjukkan kebodohannya mencederakan diri sendiri..
Sakit lukaaa tu oiii...
Tapi bagi dia mungkin sakit sebab cinta tu lebih teruk..
Apa pun, semoga kita tidak termasuk dalam kategori pendek akal yang sanggup mencederakan diri hanya kerana cinta..
Sumber fb beliau sendiri
Pemain DOTA Professional ini Kecewa Dapat Air Kosong Bila Pesan 'Sky Juice' Ketika di Malaysia
'Sky Juice'. Satu nama menarik bagi air yang pasti membuatkan orang luar tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan 'Sky' itu.
Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu, Sky Juice merupakan alias kepada air kosong dan tiada apa-apa yang istimewa dengan air itu.
Tetapi, seorang pemain permainan Dota professional, Arif MSSDota, merasa kecewa setelah dia dihidangkan air kosong apabila memesan air yang disangkakan eksotik itu.
"Pesan sky juice dari sebuah restoran dan jangkakan sesuatu yang sangat eksotik. Mereka cuma bagi saya air kosong. Gurauan yang baik dari orang Malaysia", tulisnya di Twitter.
Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu, Sky Juice merupakan alias kepada air kosong dan tiada apa-apa yang istimewa dengan air itu.
Tetapi, seorang pemain permainan Dota professional, Arif MSSDota, merasa kecewa setelah dia dihidangkan air kosong apabila memesan air yang disangkakan eksotik itu.
"Pesan sky juice dari sebuah restoran dan jangkakan sesuatu yang sangat eksotik. Mereka cuma bagi saya air kosong. Gurauan yang baik dari orang Malaysia", tulisnya di Twitter.
Difahamkan, pemain Dota warganegara Amerika Syarikat itu sedang berada di malaysia bagi perlawanan ESL One Genting Dota 2 yang dijadualkan pada 6-8 Januari.
Dan seperti biasa, di bahagian komen, kebanyakan peminat Arif dari Malaysia memberi respon balas ke atas insiden tersebut. Antaranya:
Buat, Arif, kami ucapakan selamat datang ke Malaysia dan jika benar-benar mahukan minuman eksotik, anda boleh cuba air Apple Asam Boi atau cendol durian.
COMEL!! Gambar Majlis Aqiqah Anak Shukri Yahaya dan Aaira Ameena
Berlangsung dengan cukup meriah, majlis aqiqah anak sulung Shukri Yahaya dan Tya Adnan iaitu Aaira Ameena telah diadakan di Riyaaz Event Space, Puchong. Majlis yang bertemakan warna putih itu turut dihadiri saudara dan juga rakan terdekat.
Aaira Ameena telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu dan seringkali menghiasa ruangan Instagram kedua ibu bapanya. Malah kecomelan Aaira juga membuatkan peminat kepada pasangan ini tidak henti henti meninggalkan komen di laman sosial milik pelakon tersebut.
Jadi, kangan malas malas ya setelah lama bercuti. Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar menarik sepanjang majlis berlangsung. Enjoy!!
Geng Budak Sekolah kembali dengan imej baru semasa pendaftaran 2017
Nampak ganas tapi budak skema jee diorang ni..
Semoga berjaya dengan cemerlang UPSR nanti..
tak baik meniru..hihi
Pesan saya kepada semua insan bergelar PELAJAR..
ingatlah..
tujuan pergi sekolah adalah untuk belajar dan jadi pandai..
yang penting pandaiiiii..
Sharnaaz Ahmad Umum Tarikh Kawin di Sidang Media
Mengakui ketika ini sedang memberi fokus kepada persiapan kahwin, kini Sharnaaz Ahmad melalui BH Online menyatakan bahawa dia bakal isteri, Noor Nabila bakal mengadakan sidang media bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 9 Januari nanti.
“Alhamdulillah, jemputan untuk ke sidang media khas bagi berkongsi perihal perkahwinan kami sudah diterima oleh pihak media. Buat masa ini, fokus diberikan kepada persiapan perkahwinan dan kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai banyak perkara pada tarikh itu”
“Kami antaranya akan memaklumkan mengenai tarikh akad nikah, resepsi pihak perempuan, penaja yang terbabit dan banyak lagi. Malah, saya juga akan menjelaskan sebarang kekeliruan yang akan diusulkan oleh media. Tidak elok rasanya untuk saya bercerita lebih-lebih ketika ini kerana Nabila kini sedang menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci dan dijangka pulang pada 7 Januari ini,” kongsinya.
18 Disember lalu, pihak keluarga Sharnaaz telah pun datang merisik Nabila selain membuat keputusan untuk tidak melangsungkan majlis pertunangan. Apa pun, semoga segala persiapan pasangan ini menjelang hari bahagia dipermudahkan
Subscribe to:
Posts (Atom)