50 Fakta Tentang Lelaki. Hahaha.



1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.
13. Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.
17. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
22. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.
24. Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu bergosip ketika bersama-sama kawannya.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya, termasuk anda.
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda.
49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Pernah kau rasa?




Pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang
Sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu
Sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu lebih mudah dari kalau kau pilih untuk lupakan dia
Sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
Sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada
Sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau
Sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?
Aku pernah :')

40 PETANDA ANDA TELAH JATUH CINTA DENGAN SI DIA


  • Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.
  • Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.
  • Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.
  • Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.
  • Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.
  • Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’.
  • Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap hari.
  • Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula, semua mesej anda di hp, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.
  • Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.
  • Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!
  • Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.
  • Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh mebuatnya seorang diri.
  • Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan dapat berkahwin dengan si dia.
  • Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh termengelamunkan tentang si dia.
  • Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh lecturer tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.
  • Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.
  • Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak berbalas.
  • Citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia. Anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar. Anda cuba menonton rancangan tv kegemarannya.
  • Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.
  • Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.
  • Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.
  • Sebelum tidur, anda akan mendengar lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu. Sambil-sambil itu anda membaca kembali mesej-mesej anda dengan si dia petang tadi seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan anda.
  • Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh, ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.
  • Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa sahaja.
  • Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
  • Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.
  • Ke mana sahaja anda pergi anda pasti akan teringat haruman badan si dia. Ketika berjalan-jalan, anda tercium bau yang sama macam si dia dan terus anda tersenyum teringat akan si dia.
  • Anda tidak pernah menolak mahupun berkata “TIDAK” bagi semua permintaan yang datang dari si dia. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
  • Anda mengajak rakan-rakan anda untuk melepak di tempat laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya semata-semata melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia.
  • Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.
  • Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.
  • Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda mula kemerah-merahan.
  • Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara anda dengan si dia semalam.
  • Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia. Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.
  • Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi, pergi kelas/kerja?
  • Apabila anda melihat dia, anda tidak akan mempeduli orang lain mahupun keadaan di sekeliling anda pada waktu itu. Anda cuma melihat dia seorang sahaja.
  • Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si dia agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.
  • Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.
  • Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di benak fikiran anda.
Macamana? Masih tidak mengaku bahawa anda sedang jatuh cinta dengan si dia?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...