Dikatakan perihal diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz belum selesai lagi. Meskipun, pengakuan Anne Ngasri bahawa keputusan mereka untuk berpisah tiada kena mengena dengan orang ketiga. Namun, diberitahu ia sebenarnya ada melibatkan penyanyi lagu Ku Ada Kamu, Adira.
Menurut sumber, Adira adalah punca Aliff dah Anne berpisah? Senang cerita, cinta Aliff sudah beralih kepada Adira. Malah, sewaktu Aliff dan Anne sedang hangat dilamun cinta, Adira telah muncul dalam hidup Aliff sewaktu mereka berdua berlakon dalam sebuah drama tempatan.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa nama drama tersebut, tetapi diberitahu Adira dan Aliff mula jatuh cinta dan main cinta apabila melakonkan babak romantis dalam drama tersebut.
Malah, percintaan mereka boleh diibaratkan seperti cinta lokasi. Pun begitu, rupa-rupanya Adira dan AG Coco yang juga kekasih sebelumnya adira sudah lama berpisah dan Aliff yang telah berjaya menambah hati Adira setelah dia ditinggalkan AG Coco.
Apa sekalipun, tidak dapat dipastikan adakah ia satu cerita rekaan atau pun benar belaka. Yang penting, disebabkan serasi dan sudah bercinta, mereka telah pun merakamkan sebuah lagu duet yang bakal muncul tidak lama lagi.
Dengarnya, lagu ini seperti mana lagu Ombak Rindu yang dirakamkan Hafiz dan Adira sewaktu mereka berdua sah menjadi pasangan kekasih.